RSS
email

PENDIDIKAN = PERBELANJAAN VS PENDAPATAN (part II)

untuk membaca Part I di sini..

Bapa saya pernah bilang, PENDIDIKAN anak umpama pelaburan untuk masa hadapan.
Kita melabur untuk perbelanjaannya sekarang..
Kita tuai pendapatannya di masa hadapan..

Bila saya tanya kembali, andai pelaburan itu tidak membuahkan hasil apa yang mau di tuai?
"Namanya juga pelaburan. Risiko gagal itu tetap ada" jawab bapa.

Sejujurnya, saya tidak sependapat bapa.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

PENDIDIKAN itu wajib.
walau tidak setinggi mana pun dituntut, keperluan memiliki pendidikan itu penting.
lebih-lebih lagi di zaman pembangunan drastik lagi pantas kini.
kerana tiada siapa secara azalinya mahu ketinggalan.

Umpama perlunya rumah sebagai tempat berlindung, begitu perlunya pendidikan dalam kehidupan.

ada orang akan bilang.. saya tiada rumah tapi saya masih mampu berlindung dari panas dan hujan.
tapi, adakah dia selesa? terjaminkah dia? dan selama mana dia mampu bertahan?
andai dirinya sahaja mungkin sampai mati dia mampu bertahan.
tapi jika dia punya isteri & anak?
mampu bertahankah sekeluarga nya bergelendangan tanpa rumah untuk berlindung yang sempurna?
kerana perlunya rumah dalam kehidupan, sehari demi hari harga dan nilai rumah pasti akan mendadak naik. sekaligus memperlihatkan betapa berharganya sebuah rumah. semakin tinggi nilainya, semakin berharga rumah itu.

sama halnya pada pendidikan

saya tidak punya pendidikan tinggi tapi saya masih boleh berjaya. makan minum saya cukup senantiasa.
tapi, adakah dia merasa setanding juga selesa bergaul dengan mereka disekelilingnya yang punya pendidikan lebih baik?
tidak terasa kah dia bila orang berbicara tentang sesuatu yang baru di dunia sedang dia tidak memahami sepatah apa pun intipatinya?
apa yang ingin dijawabnya bila si anak bertanya kenapa laptopnya tidak dapat melayari internet?
tidak tersinggung kah dia bila si anak lebih memilih ayah jiran untuk bertanya tentang permasalahan kerja sekolahnya kerana si ayah tidak punya pendidikan yang baik untuk membantu?
kerana perlunya pendidikan dalam kehidupan, sehari demi hari harga dan nilai perbelanjaan mendapatkan pendidikan pasti akan mendadak naik. sekaligus memperlihatkan betapa berharganya pendidikan. semakin tinggi nilainya, semakin berharga pendidikan itu.


Saya tidak berniat untuk mengguris mana-mana hati lantaran perumpamaan saya yang sebegitu. Saya hanya mencoba memperlihatkan poin dan maksud pendapat saya bahawa Pendidikan itu amat penting.

Kepentingan pendidikan seperti ini tidak harus dilihat sebagai beban.
ada peluang menjana pendapatn di sebalik nilainya yang semakin berharga itu.


Bookmark and Share

0 respon:

Post a Comment

 

Team The Prectis

Chegu Arifin : 017-7089696 >>> Main Leader

Chegu Sulaiman : 010-3235497 / 013-8606836 >>> Pengarah Eksekutif I

Chegu Rozzainny : 013-8681980 >>> Pengarah Eksekutif II

Chegu Runzi : 017-8188857 >>> Pengarah Eksekutif (Pemasaran)

Fiza Fazal : 019-8968508 / 012-2655436 >>> Pengurus (Pentadbiran)

Hafiz Fazal : 019-5859256 >>> Pengurus (Teknikal)

Ghani Fazal : 016-8200494 >>> Pengurus (Grafik)

Categories